Sigai Kit Sigai

Sigai kit adalah sejenis alat atau bahan bantu belajar untuk murid mencari jawapan dalam oprasi darab 1 digit darab dengan 1 digit.Sigai kit dibuat daripada 18 keping bahan lut sinar yang mengandungi lakaran 1 garisan hingga 9 garisan menegak dan melintang.9 keping berwarna merah jambu mempunyai lakaran garisan menegak 1 hingga 9 dan 9 keping berwarna biru menggambarkan lakaran 9 garisan melintang 1 hingga 9.Apabila kepingan dicantumkan mengikut soalan berkaitan pendaraban, ia akan menemui jawapan setelah mengira jumlah titik-titik persilangan antara pertemuan garisan menegak dan melintang tanpa perlu menghafal sifir.Sigai kit juga merupakan salah satu kaedah di mana murid-murid dapat menguasai operasi darab dan bahagi tanpa perlu menghafal sifir. Ia juga di kenali sebagai Sigai. SIGAI adalah singkatan nama SIfir Garis Itamta. [1] Jika murid pengguna atau murid tidak mahu menggunakan Sigai Kit,mereka boleh melakar garisan melintang dan menegak bagi mendapatkan jawapan dalam operasi darab dan bahagi. Nama Sigai Kit di ambil bersempena dengan makna perkataan sigai iaitu tangga. Lakaran kaedah sigai hampir menyerupai tangga. Ini amat bersesuai nama kaedah sigai yang sinonim dengan tangga.Sigai Kit telah memenangi beberapa anugerah inovasi di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.[2]